Tuesday, July 28, 2009

Refleksologi...!!

Refleksologi



batu refleksologi


Pengenalan
Refleksologi merupakan salah satu cara yang digunakan untuk meyembuhkan penyakit berdasarkan prinsip tindak balas atau dikenali sebagai refleks. Tindak balas atau refleks ini dihasilkan apabila adanya tekanan yang dikenakan pada tapak kaki. Refleksologi memperbaiki peredaran darah, membantu menyembuhkan penyakit, dan mengurangkan tekanan.

Releksologi tidak menggunakan bahan kimia dan adalah selamat digunakan oleh yang muda atau yang tua. Refleksologi bukan merupakan rawatan yang dapat menyembuhkan semua penyakit tetapi dapat menghindarkan pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit yang melibatkan tekanan atau "stress" daripada kehidupan yang moden ini.

FAKTA: Kelebihan refleksologi

Melancarkan pengaliran darah

Meningkatkan daya tahan individu

Mengurangkan risiko tulang reput

Menyeimbangkan kedudukan badan

Melancarkan pergerakan

Menguatkan otot kaki

Mengurangkan risiko kencing tidak lawas

Menguatkan tulang dan pinggul

Mengurangkan risiko sakit sendi

Mengurangkan rasa letih

Mengelak risiko sembelit

Mengurangkan masalah usus

Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.




No comments:

Post a Comment