Sunday, August 30, 2009

Malaysia 52tahun kini....!!!

MALAYSIA... OH TANAHAIRKU
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52


MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...!!!


CEMERLANG...GEMILANG...TERBILANG...!!!

Wednesday, August 26, 2009

buat pedoman...!!


Dan sebenarnya....!!

Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..

Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???


ketawa sambil berfikir

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"...

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirkanlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit didalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."

Dan lebih lawak lagi, "bila kita boleh post banyak thread atau emai lyang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama"

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam

p/s suka post ni..ketawa sambil berfikir

PESANAN IMAM SHAFIE

10 PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: " Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada.


2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH


3. Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyak solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.


4. Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.


6. Hak kepada sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


7. Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


8. Hak kepada Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kepada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.


9. Hak kepada Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengann syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.


10. Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

p/s wallahualam...diambil dari blog seseorang sebagai renungan

Tuesday, August 25, 2009

Rumah Tok Minah

Rumah Tok Minah






Cuti-cuti Malaysia


P.Pinang...Pulau Mutiara



































Batu Feringgi..!!

Batu Feringgi











Baja Bunga...organik

Bunga Orkid




bunga orkid ni naik 7 tangkai bunganya






Gurindam Pengantin



Gurindam Pengantin
Suatu saat paling beerti
Bejabat tangan dengan tok kadi
Walaupun banyak peluh di dahi
Tapi seram sejuk macam orang mati hehehe

Terasa lega lapang dada
Akad nikah pun tak ingat yang ke-berapa
Tapi yang pasti aku sudah bersedia
Menjejakkan kaki ke mahligai bahagia

Ramai saudara datang bertandang
Mengucapkan Tahniah dari pagi ke petang
Gigi dah penat asyik senyum memanjang
Tambahan pula banyak mata yang memandang

Bukan senang jadi Raja Sehari
Kalau tak senyum orang kata sombong diri
Kalau lebih senyum orang kata lupa diri
Yang paling penting jadilah diri sendiri

Ada yang sibuk nak buat majlis besar-besar
Sampaikan duit pun tak tahu berapa yang keluar
Tapi bila tetamu datang dibiar berlegar-legar
Tak tahu nak duduk mana, perut pun lapar

Sebaik-baik amal ikutlah cara Nabi
Bersederhana, jangan membazir ikut suka hati
Jaga adab, jaga aurat, biar berbudi pekerti
Jaga tetamu, jangan ada yang berkecil hati

Majlis Kahwin Majlis Pengantin
Juga untuk keluarga pengantin
Bukan setakat datang makan dan tengok pengantin
Tapi yang penting orang dah tahu kita dah kahwin

Nasihat kepada bakal pengantin
Bersiap sedialah sebelum nak kahwin
Bukan setakat duit, tapi amal juga penting
Supaya hidup berkat, kepala pun tak pening

Hasil karya,
http://majlisimpian.com/blog

Himpunan Petua

Hilangkan karat pada gigi
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.

Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.

Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.

Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.

Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.

Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.

Hilangkan Kesan Teh
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan gelas atau kole anda tidak akan tercalar.

Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.

Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.

Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.

Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.

Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.

Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.

Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.

Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.

Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

pergi selamanya...

Pergi Selamanya

malam kian melangkah pergi
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kelam hadir bayangmu
bagai mengundang mimpi
cinta kau dan aku
sayangnya kau tiada disisiku

masih terbayang segalanya
bagaikan semuanya mimpi belaka
hilang tak mungkin kan kembali
mengubah yang tersurat dalam hidupmu
kau pergi tak kembali selamanya

walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh
di alam abadi di pusaramu


hanya doa yang ku iringkan

dalam hiba aku tangiskan
hilang tiada pengganti
permata yang berharga dalam hidupku

segalanya datang dan pergi
ku tahu sukar bagiku
menelan kenyataan
takdir telah tertulis untuk dirimu

hari kian silih berganti
masih aku sendiri termangu dalam sepi
dalam kepekatan malam ku
ku lihat lambaian mu dari syurgawi
memanggilku

Jom nyanyi sama-sama...




Buaiku Laju

Laju, laju, Buaiku Laju..
Buaiku Laju

Laju, laju, Buaiku Laju..

Pohon beringin, tegaknya tinggi,
Kalau rendah, menyapu bumi,
Penghibur aku, menolong aku,
Bertiuplah oh angin bayu,
Laju-laju, Buaiku laju,
Akulah anak, yatim piatu.

Laju, laju, Buaiku laju.

Pohon beringin, daunnya rendang,
Akar berjalur cecah kebumi,
Hatiku ingin, hidup gemilang,
Nasib malang, suratan diri,
Hidup aku, tidak beribu,
Akulah anak, yatim piatu.

Surah Al-Fatihah


Surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Waktu.....


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa..

untukmu ..mama


Mawar Putih Untuk Mama

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Hargailah Ibubapamu

Dewasa ini sudah ramai dikalangan anak anak zaman ini yang sudah berani berlaku derhaka terhadap ayah dan ibu mereka.

Mereka menganggap diri mereka lebih hebat dan terpelajar dari ibu dan bapa mereka dan sering berlaku biadap serta kurang ajar terhadap ayah bonda mereka.

Jangan main main dengan orangtua.

Tidak ada hijab diantara ibubapa dengan Tuhan Rabbul Alamin.

Do'a mereka pasti dimakbulkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!



Kewajiban anak terhadap orang -tua, yaitu berbuat baik, taat dan menghormat. Ini sesuai dengan panggilan fitrah yang harus dipenuhi dengan sebaik-baiknya.

Dan yang lebih hebat lagi ialah hak ibu, sebab dialah yang paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung, melahirkan, menyusui, dan mengasuh.

Firman Allah Ta'ala:
"
Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu-bapanya, ibunya telah mengandung dia dengan susah-payah dan melahirkannya dengan susah-payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan." (al-Ahqaf: 16)

Diriwayatkan:
"Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi dan bertanya: Siapakah manusia yang lebih berhak saya kawani dengan baik?

Ia menjawab: Ibumu!

Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?

Ia menjawab: Ibumu!

Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi?

Ia menjawab: Ibumu!

Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi?

Ia menjawab: Ayahmu!" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi anggap durhaka kepada dua orang tua itu sebagai dosa besar, sesudah syirik.

Begitulah sebagaimana ungkapan al-Quran.

Oleh karena itu dalam hadisnya, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Maukah kamu saya terangkan sebesar-besar dosa besar --tiga kali.

Mereka menjawab: Mau, ya Rasulullah!

Maka bersabdalah Nabi, yaitu:
  1. menyekutukan Allah,
  2. durhaka kepada dua orang tua --waktu itu dia berdiri sambil bersandar, kemudian duduk, dan berkata:
  3. Ingatlah! Omongan dusta dan saksi dusta." (Riwayat Bukhari dan Muslim

Hargailah Ibubapamu

Hargailah Ibubapamu

"Semua dosa akan ditangguhkan Allah sampai nanti hari kiamat apa saja yang Dia kehendaki, kecuali durhaka kepada dua orang tua, maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum meninggal." (Riwayat Hakim)

Allah memperkuat pesannya untuk berbuat baik kepada dua orang tua ini, ketika kedua orang tua tersebut telah mencapai umur lanjut, kekuatannya sudah mulai menurun, mereka sudah mulai sangat membutuhkan pertolongan dan dijaganya perasaannya yang mudah tersinggung itu.

Dalam hal ini Allah berfirman sebagai berikut:
"Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak berbakti kecuali kepadaNya dan berbuat baik kepada dua orang tua, jika salah satu di antara mereka atau keduanya sudah sampai umur tua dan berada dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka itu kata-kata 'uff' (kalimat yang tidak menyenangkan hati), dan jangan kamu bentak mereka, tetapi katakanlah kepada mereka berdua kata-kata yang mulia.

Dan rendahkanlah terhadap mereka berdua sayap kerendahan karena kasih, dan doakanlah kepada Tuhanmu: Ya Tuhanku! Berilah rahmat mereka itu, sebagaimana mereka telah memeliharaku di waktu aku masih kecil." (al-Isra': 23-24)

..::renungan::..





Ya Allah...
ya Tuhanku Yg Maha Mengasihi...
seiringkanlah kami melayari hidup ini...
ke tepian yg sejahtera dan abadi...
maka jodohkanlah kami...

tetapi Ya Allah...
seandainya telah Engkau takdirkan...
dia bukan milikku...
bawalah dia jauh dari pandanganku...
luputkanlah dia dari ingatanku...
dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku Yg Maha Mengerti...
berikanlah aku kekuatan...
menolak bayangannya jauh ke dada langit...
hilang bersama senja nan merah...
agarku sentiasa tenang...
walaupun tanpa bersama dgnnya...

Ya Allah yg tercinta...
pasrahkanlah aku dgn takdirMu...

sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan...
adalah yg terbaik utkku...
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yg terbaik buat hambaMu ini...

Ya Allah...
cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku...
di dunia dan akhirat...
dgrkanlah rintihan dari hambaMu yg daif ini...
jgnlah Engkau biarkan aku sendirian...
di dunia ini mahupun di ahkirat...
menjurumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dpt membina kesejahteraan hidup...
ke jln yg Engkau redhai...
dan kurniakanlah kami keturunan yg soleh dan solehah...

Ya Allah...
berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
dah peliharalah kami dari azab api neraka...

Amin...amin...ya rabbal'aalamin...

..::renungan::..

"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"
Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasangan ku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau mak sudah tiada....... .... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

renungan

Ya Allah..
Seandainya engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya.. dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya tuhanku yang maha mengasihani...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkan kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya tidak engkau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku... dan
Peliharakanlah aku dari kekecewaan...

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...

perkahwinan

BERKAHWIN tanpa restu ibu bapa boleh diumpamakan bermusuh dengan kedua-duanya dan dianggap sebagai anak derhaka. Perkahwinan tanpa keredaan ibu bapa juga bererti tidak mendapat reda daripada Allah SWT dan lebih membimbangkan, mahligai yang dibina itu tidak diberkati.

Pensyarah di Fakulti Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Zawawi Yusoh, berkata perkahwinan yang tidak mendapat restu ibu bapa lazimnya mengundang pelbagai masalah dalam rumah tangga pada kemudian hari.

“Perkahwinan yang dibina dengan restu ibu bapa bermakna mendapat keredaan Allah. Rumah tangga yang diberkati, dilimpahi dengan kasih sayang, pasangan setia dan tidak curang serta anak yang soleh. Ramai yang tidak perasan hikmah keredaan daripada ibu bapa ini dan doa mereka biasanya makbul,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, perbuatan menderhaka pada ibu bapa juga adalah penyakit berjangkit yang boleh merebak kepada anak. Mereka yang menderhaka kepada ibu bapa berkemungkinan akan mengalami nasib serupa apabila anak mereka sendiri menderhaka kelak.

“Perkahwinan sepatutnya dibina dengan tujuan untuk menyambung silaturrahim iaitu merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan keluarga sebelah suami atau isteri. Ia tidak sepatutnya menjadi punca yang memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa.

“Hubungan antara mak dan ayah adalah intim dan tidak boleh diputuskan dengan apa cara sekalipun, tetapi hubungan dengan suami boleh terputus apabila berlaku perceraian. Jadi, mengapa sanggup meminggirkan ibu apa yang sudah 20 hingga 30 tahun membesarkan kita dengan memilih pasangan yang baru kita kenal dua atau tiga tahun?” katanya.

Beliau berkata, cinta berkat adalah cinta yang berdasarkan iman kepada Allah. Cinta kepada Allah perlu didahulukan berbanding cinta kerana nafsu semata-mata.

Sehubungan itu, dalam hubungan ini Ibu bapa perlu diutamakan dalam memilih pasangan dan mendirikan rumah tangga.

“Dalam Islam, nabi menyebut empat perkara harus ditekankan dalam memilih jodoh iaitu cantik, keturunan baik, hartanya dan yang paling diutamakan adalah agamanya. Hari ini, kebanyakan orang tinggalkan agama dalam memilih pasangan.

“Kalau cantik saja, tetapi tidak ada agama, dia nampak hodoh. Begitu juga jika berharta, kita pula miskin, cara hidupnya pasti berbeza yang mungkin menyebabkan kita terus papa,” katanya.

Beliau menasihatkan mereka yang terlanjur derhaka perlu segera memohon maaf daripada ibu bapa masing-masing sementara keduanya masih hidup. Ikhtiar harus dilakukan bagi mendapat restu ibu bapa agar hidup mereka terus diberkati.

“Bagi yang bercadang untuk berkahwin, tetapi tidak mendapat restu ibu bapa, sebaiknya utamakan ibu bapa dan bersabar. Jangan putus asa untuk terus berdoa sehingga suatu ketika mereka dapat menerima jodoh anda,” katanya.

Ketua Kaunselor Pusat Kaunseling Rumah Tangga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Norazman Amat, berkata pasangan yang berkahwin tanpa restu ibu bapa lebih cenderung mengalami banyak cabaran dalam melayari kehidupan berumah tangga terutama dari segi perhubungan suami isteri.

“Biasanya kesan ini dapat dirasakan apabila banyak cabaran terpaksa dilalui selepas berkahwin. Perkahwinan tanpa restu menyebabkan hubungan dengan orang tua juga terputus.

“Apabila menghadapi masalah rumah tangga, biasanya ibu bapa menjadi tempat mengadu, tetapi oleh kerana hubungan sudah terputus, mereka biasanya terkapai-kapai dalam mengharungi cabaran hidup sebagai suami isteri. Ini mendorong kepada berlakunya perceraian dan rumah tangga yang kucar kacir,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya mengendali sesi kaunseling rumah tangga, Norazman tidak menafikan ada banyak masalah rumah tangga berpunca daripada perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa.

Hubungan yang dibina atas dorongan nafsu menyebabkan pasangan sentiasa dihantui memori lama, menjadikan mereka mudah tertekan terutama apabila mengalami sebarang krisis rumah tangga.

“Bagi membina semula hubungan yang terputus itu mungkin memakan masa lama. Ibu bapa mungkin sukar menerima apa yang dilakukan anak mereka. Ini juga memberikan tekanan kepada pasangan kerana ibu bapa tidak dapat menerima mereka sebagai sebahagian daripada keluarga,” katanya.

Beliau berkata, usaha untuk mendapat semula restu ibu bapa memerlukan kerjasama kedua suami isteri. Bagaimanapun, tidak semua suami atau isteri, mahu bersama pasangan memohon restu kerana ego masing-masing menimbulkan kesukaran mendapat restu ibu bapa.

“Ada suami atau isteri yang tidak mahu ikut pasangan berjumpa mentua. Lebih menyukarkan apabila suami tidak mahu menurunkan ego memohon maaf daripada mentua. Apabila ini berlaku, hubungan baik tidak dapat dibina semula.

“Sesetengah suami menganggap mendapat kemaafan daripada ibu bapa atau ibu bapa mentua tidak penting. Di sini, sudah timbul krisis antara suami isteri yang boleh menjejaskan perhubungan mereka,” katanya.

wanita oh wanita

Makna Tersirat Di Sebalik Kata-Kata Seorang Wanita....

Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan.

Sebagai contohnya:

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek , betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi. Wanita ni bukankah pemalu?

Buat temanku...

..buat temanku ...sesungguhnya apa yang kamu lalui kini amat berat dan sukar..moga kamu tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup...sabar dan redhalah dengan ketentuan yang Allah beri..semua berlaku ada hikmahnya,masih ada cahaya kebahagian buat mu..insyaallah,moga hidupmu lebih tenang dan kuat dalam menempuh cabaran mendatang...amin

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
.

'19 Hadis Nabi Mengenai Wanita'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkanAllah dan orangyang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

wallahua'lam...

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa...!!


” Wahai Orang-Orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada umat terdahulu. Mudah-Mudahan kamu bertaqwa”





Thursday, August 20, 2009

..::renungan::..

  • Makanan yang TERPUJI ialah makanan yang HALAL..
  • Minuman TERPUJI ialah minuman yang TIDAK MEMABUKKAN..
  • PAKAIAN yang TERPUJI ialah AKHLAQ yang MULIA..
  • ILMU yang TERPUJI ialah ILMU yang BERMANFAAT Dunia & Akhirat..
  • HATI yang terpuji ialah HATI yang sentiasa MENGINGATI ALLAH..
  • LIDAH yang TERPUJI ialah LISAN yang basah dengan ZIKRULLAH..
  • TANGAN yang TERPUJI ialah tangan yang SUKA MENGHULUR BANTUAN..
  • SRIKANDI yang TERPUJI ialah WANITA yang SOLEHAH..
  • PERWIRA yang TERPUJI ialah MUJAHID di JALAN ALLAH..
  • MATA yang TERPUJI ialah mata yang selalu MENANGIS kerana TAKUT AZAB ALLAH..
  • TELINGA yang TERPUJI ialah yang SUKA MENDENGAR KALAM ALLAH..
  • AMALAN yang TERPUJI ialah SOLAT di AWAL WAKTU..
  • SEDEKAH yang TERPUJI ialah INFAQ di kala SUSAH..
  • PERKATAAN yang TERPUJI ialah NASIHAT yang IKHLAS..
  • SAHABAT yang TERPUJI ialah AL-QUR’AN..
  • PENASIHAT yang TERPUJI ialah AS-SUNNAH..
  • HARTA yang TERPUJI ialah KEIMANAN..SELAWAT.