Tuesday, August 25, 2009

Gurindam Pengantin



Gurindam Pengantin
Suatu saat paling beerti
Bejabat tangan dengan tok kadi
Walaupun banyak peluh di dahi
Tapi seram sejuk macam orang mati hehehe

Terasa lega lapang dada
Akad nikah pun tak ingat yang ke-berapa
Tapi yang pasti aku sudah bersedia
Menjejakkan kaki ke mahligai bahagia

Ramai saudara datang bertandang
Mengucapkan Tahniah dari pagi ke petang
Gigi dah penat asyik senyum memanjang
Tambahan pula banyak mata yang memandang

Bukan senang jadi Raja Sehari
Kalau tak senyum orang kata sombong diri
Kalau lebih senyum orang kata lupa diri
Yang paling penting jadilah diri sendiri

Ada yang sibuk nak buat majlis besar-besar
Sampaikan duit pun tak tahu berapa yang keluar
Tapi bila tetamu datang dibiar berlegar-legar
Tak tahu nak duduk mana, perut pun lapar

Sebaik-baik amal ikutlah cara Nabi
Bersederhana, jangan membazir ikut suka hati
Jaga adab, jaga aurat, biar berbudi pekerti
Jaga tetamu, jangan ada yang berkecil hati

Majlis Kahwin Majlis Pengantin
Juga untuk keluarga pengantin
Bukan setakat datang makan dan tengok pengantin
Tapi yang penting orang dah tahu kita dah kahwin

Nasihat kepada bakal pengantin
Bersiap sedialah sebelum nak kahwin
Bukan setakat duit, tapi amal juga penting
Supaya hidup berkat, kepala pun tak pening

Hasil karya,
http://majlisimpian.com/blog

No comments:

Post a Comment