Saturday, August 8, 2009

H1N1@selsema babi


APA ITU SELSEMA KHINZIR?

Selsema khinzir adalah penyakit pernafasan khinzir yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’.. jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang.
virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.

BERAPAKAH
JENIS VIRUS SELSEMA KHINZIR?

Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama
Virus-virus tersebut adalah
H1N1
H1N2
H3N1
H3N2
jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari khinzir adalah dari jenis H1N1.

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR?

demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.
Ada juga tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.
jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK

melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti
melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA KHINZIR BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?
Orang yang dijangkiti virus boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari 1 sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?
basuh tangan
amalkan cara hidup yang sihat
tidur yang cukup
aktif
kendalikan stres secara berhemat
minum air yang banyak
makan makanan yang berkhasiat.
tidak menyentuhi permukaan dicemari oleh virus selsema.
Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.

ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA KHINZIR?

Ya.Ubat yang disyorkan adalah oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau menghalang dari mendapat jangkitan virus,boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”..Ia boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk..diambil pada peringkat awal ataupun dua hari dari simptom bermula.

BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN?
berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula,kanak-kanak berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?
apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin akan tersebar melalui udara,juga boleh disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA?
sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya,basuhan tangan yang kerap untuk mengurang risiko daripada jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.

APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI ?

·Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin ;
·Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah
·Basuh tangan anda sekerap yang mungkin dengan sabun dan air yang bersih terutama selepas anda batuk atau bersin.Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol juga berkesan
·Elak dari menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus boleh merebak melalui cara ini.
·Cuba elak dari berhubung rapat dengan orang yang sakit
·Jika anda didapati menghidapi influenza (selsema) adalah disyorkan anda berehat di rumah dan hadkan hubungandengan orang lain untuk mengelak penularan penyakit.

Bagi orang dewasa, tanda-tanda amaran kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

1.mengalami sesak nafas
2.Sakit atau sempit/tekanan pada dada dan perut
3.Pening yang mengejut
4.Keliru
5.Muntah yang teruk dan berterusan

Dikalangan kanak-kanak, antara tanda-tanda kecemasan yang memerlukan perhatian:

1.Pernafasan yang sukar atau mencungap
2.Warna kulit kebiruan
3.Tidak minum air yang secukupnya
4.Letih atau tidak bertindak balas
5.Meradang dan tidak suka dipegang
6.Simptom seperti selsema berkurangan tetapi demam dan batuk bertambah teruk
7.Demam dengan ruam

No comments:

Post a Comment