Tuesday, January 19, 2010

DOSA

DOSA

1. MAKSUD DOSA
· Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA
· terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
· ingin hidup bebas tanpa batasan agama
· sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

3. JENIS-JENIS DOSA
i) DOSA BESAR
· Maksud
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat

· Contoh
Minum arak, berzina, membunuh
Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa

Akibat buruk jika melakukan dosa besar..
Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz
Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat

ii) DOSA KECIL
· Maksud..
Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

Contoh..
Melihat aurat bukan muhram
Bercakap perkara yang tidak memberi faedah
Akibat buruk jika melakukan dosa kecil
Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

1. CONTOH-CONTOH DOSA BESAR

i) MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA
Sebab perlu mentaati ibu bapa....
Mereka memeliahara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selasa
Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara
Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita

Cara menghormati ibu bapa....
Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka
Menghormati mereka setiap masa
Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua
Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka

Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa...
Melawan percakapan ibu bapa
Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka

Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka
Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin

Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka..
Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan
Tidak mendapat rahmat Allah
Terputus rezeki daripada Allah
Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak

i) MENIPU DAN BERBOHONG
· Maksud menipu:
Iaitu melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain.

· Maksud berbohong :
Tidak bercakap benar atau memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.

· Hukum : haram dan berdosa besar

· Ia boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk

i) MENCURI DAN MEROMPAK
· Maksud mencuri :
Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin
· Maksud merompak :
Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan ditempat simpanan tanpa izin

· Haram kerana ia perbuatan yang hina dan mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara

· Islam mengenakan hukuman hudud iaitu memotong tangan pencuri sekiranya barang yang dicuri mencukupi kadar tertentu dan sabit kesalahan

i) RIBA'
· Maksud :
Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang
· Hukum : haram dan berdosa besar
· Jenis-jenis riba' :
riba' al-fadhal :
pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya
riba' an-nasiah :
pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran

· Hikmah pengharaman riba' :
membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat
menggalakkan semangat tolong-menolong sesama manusia

i) MAKAN HARTA ANAK YATIM
· Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim:
anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat
mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus sifat silaturrahim

i) LARI DARI MEDAN PERANG
· Akibat lari dari medan perang :
dipandang hina oleh masyarakat
umat islam akan ditindas
memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat islam

i) MENGUMPAT DAN MEMFITNAH
· Maksud :
Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

· Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi :
ingin melihat orang lain menderita
takut persaingan hidup
tidak mahu mengakui kelebihan orang lain

· Akibat dari perbuatan fitnah :
berlaku permusuhan dan huru hara
masyarakat islam akan sentiasa mundur
putus silaturrahim dan menghalang perpaduan

· Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah :
Redha dengan ketentuan Allah
Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim
Sentiasa melakukan muhasabah dirimeningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh

i) MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH
· Maksud arak :
Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam

· Maksdu dadah :
Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

· Hikmah pengharaman arak :
menjaga kewarasan akal manusia
mengelakkan perkelahian dan permusuhan
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat

· Langkah mencegah perbuatan minum :
Perlu sedar bahawa minum arak dan menagih dadah adalah berdosa besar
Masyarakat perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan / riadhah

· Kesan buruk arak bagi individu
membazir harta, masa dan tenaga
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
terdedah kepada kegiatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh

· Kesan buruk arak bagi masyarakat
menjadi mundur kerana anggotanya tiada berdaya maju
dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk
tidak tenteram kerana berlaku permusuhan dan perkelahian

i) ZINA
· Maksud :
Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah

· Hukum zina dan perbuatan yang mendorong kepda zina : berdosa besar

· Contoh perbuatan yang mendorong kepada zina :
melihat, merenung, bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram tanpa hajat yang diharuskan syarak, duduk berdua-duaan ditempat sunyi, memakai pakaian yang menjolok mata dll.

· Faktor yang menyebabkan seseorang melakukan zina
Kurang pendidikan agama
Lemah iman dan penghayatan islam
Mengunjungi tempat-tempat maksiat
Mengamalkan pergaulan bebas

· Akibat buruk melakukan zina :
merendahkan maruah diri dan keluarga
mendapat kemurkaan allah dan mengundang bala
meruntuhkan institusi keluarga
melahirkan generasi keluarga yang tidak jelas nasabnya

· Hukuman terhadap penzina ( yang melakukan zina )
bagi muhsan ( penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah ; direjam dengan batu sahingga mati
bagi ghair muhsan ( penzina yang belum berkahwin ) ; disebat seratus kali sebatan

i) MENUDUH PEREMPUAN BAIK MELAKUKAN ZINA
· Maksud :
Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil

· Haram kerana ia boleh menjatuhkan maruah tertuduh dan menyebabkan tekanan jiwa kepada tertuduh dan keluarganya serta menghancurkan masa depan

· Hukuman jika membuat tuduhan palsu :
hukuman sebat 80 kali sebatan setalah melalui proses undang-undang kepada individu yang telah sabit keslahannya membuat tuduhan palsu

i) LIWAT DAN MUSAHAQAH
· Maksud liwat :
Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.

· Maksud musahaqah :
Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan

· Faktor yang menyebabkan perbuatan liwat & musahaqah :
Terpengaruh dengan budaya liar
Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami isteri
Membaca atau melihat bahan-bahan lucah
Kelemahan pelaksanaan undang-undang

· Akibat jika melakukan liwat & musahaqah :
meruntuhkan institusi perkahwinan
menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental
mendapat balasan azab di dunia dan akhirat

i) MEMBUNUH DIRI

· Maksud :
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri

· Punca perbuatan membunuh diri sendiri boleh berlaku :
Putus asa dengan rahmat Allah
Tidak meyakini kehidupan hari akhirat
Menganggap dengan membunuh diri menamatkan penderitaan

· Cara mengatasi perbuatan membunuh diri :
Hendaklah yakin dengan rahmat Allah
Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul
Menghatur strategi hidup berpandukan al-quran as-sunnah dan akal yang waras

No comments:

Post a Comment